Nak cari apa??

About Me

My photo
Kangar, Perlis , Malaysia
Madina Food Industries adalah penjenamaan semula produk My Flavor. Syarikat ini salah satu anak syarikat yang dimiliki penuh oleh syarikat Rangkaian Iman. Penjenamaan semula adalah disebabkan oleh penambahan produk dan juga untuk penjenamaan yang lebih baik dan bersistematik. Dengan menggunakan nama My Flavor sebelum ini ia ditubuhkan pada penghujung bulan 10 2009. Syarikat menjalankan perniagaan berasaskan minuman(serbuk ais blended, minuman panas dan sejuk), serbuk coklat malt dan kopi cappucino. Syarikat kami merupakan syarikat BUMIPUTERA MUSLIM dan produk dijamin HALAL. Membekalkan air minuman ini kepada pengusaha-pengusaha restoran, peniaga-peniaga kecil yang berminat dan melatih usahawan-usahawan yang berminat dalam perniagaan ais blended dan minuman. Juga dalam jangka masa terdekat bakal dipasarkan di pasaraya-pasaraya terpilih di seluruh negeri Perlis dan Kedah.

Monday 18 November 2013

Kami Ke SDSI 2013


Alhamdulillah .. MADINA terpilih dalam senarai usahawan negeri Perlis dan akan berada di sana dr 29/11 - 1/12 kat MITC melaka.. klu sesiapa yg bercuti di sana time tu .. jengok2 la kami di booth MADINA ye.. doakan segala yg kami lakukan adalah perkara yang diredhai ALLAH swt dan dipermudahkan segala urusan.

Sunday 24 February 2013

Serbuk Ais Blended


Mesin pengadun serbuk ais blended ciptaan En Rizal

Mesin pengadun design by en rizal

Salam dan salam sejahtera .. dah lama tak update blog..terlalu sibuk hingga blog pon tak update..anyway kat atas tu gambar mesin yg kami gunakan skrg bagi melancarkan lagi perniagaan yang dijalankan..sebelum ni guna manual ja...guna tong yg besaq pastu goncang2..ha mcm tu la lebih kurang..tapi berkat kesabaran tuan besaq, dia berjaya menghasilkan mesin di atas setelah mendapat idea dari reseach sendiri...Alhamdulillah peningkatan penghasilan production meningkat dengan mendadak sehingga 20 ke 30 kg sekali pusing..barakallah..

Tuesday 18 December 2012

Karnival Back To School (Jualan Kembali ke Sekolah)


Kami akan berada di karnival Jualan Kembali Ke Sekolah anjuran KPDNKK Perlis. Bertempat di Dataran Dato' Sheikh Ahmad pada 19 hingga 23 hb Disember 2012. Produk yg kami sediakan waffle dan ice blended 'hot in town' serta produk terbaru Bahulu Madina. Silalah berkunjung ke booth kami..sambil-sambil membeli kelengkapan perlatan sekolah anak-anak...